Saturday 3 December 2016

Simptom Penyakit Hati (HEPATITIS)

       Assalamualaikum semua... Hari ini kami ingin mengongsikan maklumat tentang penyakit hati..
      Hello everyone.. Today we want to share about hepatitis...
    
   HEPATITIS

  

1.    PENGENALAN HEPATITIS

Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Hepatitis adalah:

Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV, Dadah, Alkohol, Bahan kimia dan toksik, Ubat-ubatan

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:

·         Air kencing berwarna gelap

·         Loya

·         Muntah

·         Sakit perut

·         Keletihan yang melampau

·         Sakit sendi

·         Demam

·         Jaundis

Gejala kronik:

-Busung

-Kaki membengkak

-Muntah berdarah 

-najis berdarah

-Koma

Hepatitis A

Hepatitis A secara asasnya disebabkan makanan atau air yang tercemar. Ia tidak menyebabkan pentakit yang kronik dan berpanjangan. Walaupun hati radang dan bengkak, namun pada kebanyakan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada Hepatitis A. Virus ini akan membiak di dalam sel hati. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin Hepatitis A jika mengembara ke luar negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Hepatitis B

Hepatitis B adalah penyakit yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS.

Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air mata dan pelbagai.

Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tattoo, acupuncture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama.

Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak dinyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk turut menjadi pembawa.

Hepatitis B boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:

·         Air kencing berwarna gelap

·         Loya

·         Muntah

·         Sakit perut

·         Keletihan yang melampau

·         Sakit sendi

·         Demam

·         Jaundis

Gejala kronik:

-Busung

-Kakimembengkak

-Muntah berdarah

-najis berdarah

-Koma 

HEPATITIS C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar selain boleh merebak menerusi hubungan seksual. Kebanyakan mereka yang dijangkiti Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom untuk tempoh beberapa tahun. Ianya hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Hepatitis C tidak sembuh dengan sendirinya dan jangkitan itu boleh kekal dalam tubuh pesakit seumur hidupnya. Ia juga mungkin boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti sirosis dan kanser hati. Dalam kes yang serius, Hepatitis C hanya boleh ditangani dengan pemindahan hati. Tidak seperti Hepatitis A dan B.

Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghadapi penyakit Hepatitis C.  Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.

Antara cara jangkitan adalah:

-Dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti
-Perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan
-Kebersihan alatan tattoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atauproduk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan
-Berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui menghidapi hepatitis C.
'Walaupun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi.
-Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko
-Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya.
-Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani.

Belum ada vaksin lagi untuk mencegah Hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis Hepatitis.

 

Langkah-langkah pencegahan:

-Elakkan berkongsi berus gigi

-Elakkan berkongsi pencukur

-Elakkan berkongsi tuala dengan mana-mana individu

-Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu

-Elakkan amalan seks bebas

-Jangan bertukar-tukar pasangan.

-Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain

-Dapatkan suntikan vaksin terutamanya Hepatitis B

-Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan

-Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali

Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin Hepatitis B.

Hepatitis D

Agen delta yang hanya menjangkiti pesakit yang mempunyai virus Hepatitis B. Ini kerana virus ini tidak boleh wujud bersendirian dan memerlukan virus Hepatitis B untuk membiak.

Hepatitis E

Virus ini boleh menjangkiti manusia melalui makanan atau air yang tercemar. Ia membiak di dalam saluran usus dan disebarkan melalui najis pesakit dan virus ini lebih kerap menjangkiti ibu hamil.

Hepatitis G

Disebarkan melalui darah atau bahan yang diperolehi dari darah.

INTRODUCTION TO HEPATITIS

There is the same danger of infection diseases like AIDS, but many do not know. Did you know that Hepatitis B virus is 100 times more infectious than the HIV virus (AIDS). Hepatitis is a disease caused by several types of viruses that can attack and damage the cells of the human heart. Hepatitis is also known as inflammation of the liver or liver inflammation.

The severity of hepatitis depends on the agents that cause hepatitis and duration of exposure to causative agents of liver damage.

Among the factors that cause hepatitis are:

Viral infections such as hepatitis A, B, C, D, E and G, dengue virus and HIV Drug Alcohol Chemicals and Toxic Medications

Hepatitis can cause symptoms of acute and chronic symptom.

Acute symptoms:

· Dark-colored urine

· Nausea

· Vomiting

· Stomachache

· Extreme fatigue

· Joint pain

· Fever

· Jaundice

Chronic symptoms:

-Busung

-swell feet

-Coma

HEPATITIS A

Hepatitis A is basically caused by contaminated food or water. It does not cause chronic and prolonged pentakit. Although liver inflammation and swelling, but in most people it can heal itself and you are protected immunity from hepatitis A. The virus will multiply in liver cells. It can also be infected through close contact with infected individuals.

Hepatitis A can be treated with the vaccine which was introduced in the early 1990s. Typically, you should get hepatitis A vaccine if traveling overseas third world or area that does not have a drainage system and good digestion.

Signs of infection can be seen after two to three weeks. In the first week, an infected person will experience pain like yellow, fatigue, fever, loss of appetite, vomiting, dizziness and urinary absolute black. Hepatitis A vaccine that can be taken, especially to those who are out of the country. Hygiene is important. Wash hands with soap, if disposable anti-bacterial soap after using the toilet, before preparing food and before eating.

HEPATITIS B

Hepatitis B is the most serious diseases and are to be noted. Awareness about the dangers of Hepatitis B is still less among the general public. How infection is so easy, even easier than AIDS.

The virus can be found in all parts of human body fluids Hepatitis B is facing severe and serious. The virus is found in blood, semen, vaginal fluid, joint fluid, tears and various.

This disease is usually in Asia is from the cases of mothers passing it to a child during childbirth. The disease can be transmitted through blood transfusions or blood products through cuts in the skin or through a body piercing, tattooing, acupuncture, needle injury and sharing a toothbrush. Drug addicts who share needles are at risk of the same.

Similarly, the use of medical and dental instruments are disinfected and washed. The most significant infection is through sexual contact and close relationship with carriers of the disease. Individuals who face this disease seriously and severely also be carriers.

Hepatitis B can cause symptoms of acute and chronic symptoms:

Acute symptoms:

· Dark-colored urine

· Nausea

· Vomiting

· Stomachache

· Extreme fatigue

· Joint pain

· Fever

· Jaundice

Chronic symptoms:

-Busung

-Coma

Sunday 14 August 2016

Lagu Patriotik


FESYEN DAN KOSTUM HARI KEMERDEKAAN

 
Kanak-kanak yang memakai kostum Hari Kemerdekaan
 
 
 
Semangat patriotic kanak-kanak dengan memakai baju yang bertemakan Hari Kemerdekaan

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan 2016



LOGO HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2016
DENGAN TEMANYA
"SEHATI SEJIWA"


Perbarisan Bulan Kemerdekaan

 
 
Perbarisan Hari Kemerdekaan 2015 di Dataran Merdeka.
 
 
Ahli-ahli perbarisan dengan pakaian mengikut warna bendera Malaysia.

Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.